Sep 3, 2010

Balik Raya...


Assalamualaikum semua...
Setelah hampir 24 hari berpuasa, kini tnggal lagi 6 hari untuk kita semua menyambut Aidilfitri yang kian tiba. Warga kampus UMP pun sudah mula beransur pulang hari demi hari. Ada yang sudah beransur semasa cuti Hari Kebangsaan lagi. Punya la nak cuti awal, 'escape' kelas terus.
Tapi, assignment jangan tak hantar pulak, markah carry mark woo...

Okay la, dengan rasa ikhlas di hati, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada keluarga, sahabat handai dan semua umat Islam. Semoga bergembira di samping keluarga yang tercinta dan sambutlah raya dalam keadaan sederhana. Jangan pula sampai tak ingat dunia, merana badan sendiri tanggung...betul tak...huhuhu...

Kepada rakan - rakan di UMP, balik raya jangan lupa bawa kuih raya dari rumah...Ya la, sempena sambutan hari raya FSKKP, bawa banyak sikit...nak bawa 10 tong kuih pun tak apa...kalau tak habis, memasing boleh tapau bawa balik bilik...tak ada hal punya...

Kepada bebudak kelas C31 dan C32, dengan ini aku susun 10 jari dengan lafaz aku minta maaf pada semua...Sekiranya aku ada salah silap, maafkan la ya...Kita pun dah masuk final year kt UMP ni, tak mau la ada lagi yang terasa hati lagi...masing - masing pun nak fokus PSM (Projek Sarjana Muda)...

Yang paling penting, kepada ibu & ayah yang berada di kampung, tunggu kepulangan anakanda mu ini...Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk ibu & ayah...Ampunkanlah dosa anakmu ini, yang masih belum cukup berbakti untuk ibu & ayah...

Akhir kata, aku akhiri dengan lirik lagu raya...Dari kumpulan Hujan feat. Raihan...


Artist: Hujan feat Raihan
Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba tuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andainya Anak-anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri
Di Aidilfitri

0 comments:

Post a Comment