Sep 26, 2010

Makan, makan dan makan...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Illahi kerana dapat saya menulis artikel baru dalam blog ni...Blog yang terbaru ni berkaitan dengan tajuk di atas...Di dalam bulan Syawal, tak sah kalau tak ada rumah terbuka, jamuan raya, dan marhaban bagi di kampung atau penduduk taman...Acara - acara sebegini adalah menjadi satu tradisi untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara manusia...Yalah, sudah berapa lama tak jumpa sahabat, jiran dan keluarga untuk berkumpul dalam satu acara yang besar untuk meraikan Hari Raya...

Ok, cakap pasal jamuan raya, minggu ni dan minggu lepas saya ada 5 jamuan raya...3 jemputan rumah terbuka dan 2 sambutan raya peringkat universiti dan peringkat fakulti...Minggu ni memang kerja makan je...Lepas ni memang puasa enam untuk stabilkan perut balik...Daripada lima tadi, dua saya tak hadir...Bukan sebab apa, memang dah tak larat nak makan...lepas tu, kena kawal pemakanan...Bila badan dah sakit, kena la beringat...Kalau tak, tanggung sendiri la kalau tak ambil kisah...

Pasal jamuan raya ini, biarlah kita sambut dalam keadaan yang sederhana...Jangan sampai berlaku pembaziran...Kalau boleh, biarlah hidangan jamuan yang disediakan habis licin...Baru tuan rumah rasa lega....betul tak...

Ok la, itu saja...nanti saya post artikel lain pula...ada pelawat datang la pula....

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment